dare to dream











D'Owner


Assalamualaikum pakcik , makcik , nenek dan atok sekalian . Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya yang comel ni *kay perasan kejap* Dah melawat tu , pandai pandai lah buat macam rumah sendiri . Jangan bagi berhabuk dan sila buangkan perasaan malu untuk menekan button FOLLOW yang terserlah :)

I | Love | You


D'Status

I AM IN LOVE



D'Credits

Template by : Nida Inayah Maghfirani
Basecode: Husnaa
Tutorial: Chiq Ziera
Image: Cuse
Other:

Older Post | Newer Post
K E M A T I A N
Sunday 12 January 2014 | Sunday, January 12, 2014 | 0 Sweet Cupcake

Assalamualaikum Warahamatullahi Wabarakatuh 

Jawab salam itu W A J I B . Jadi , tidak perlu menunggu saat orang menegur baru lembut bibir untuk menjawabnya . Sesungguhnya , tidak susah untuk memperoleh pahala tetapi diri ini sahaja menyusahkan . 

M A T I . Adakah kita semua sudah bersedia untuk menempuhi saat ini ? Adakah cukup amalan kita untuk dibekalkan ketika berada di alam yang kekal kelak ? Adakah kita yakin boleh menjawab semua soalan yang bakal ditanya meski soalan sudah bocor ? Tanya pada diri sendiri . Aku tidak boleh tolong menjawab untuk kau orang semua . Tanya pada seketul hati yang dianugerahkan oleh Allah kepada setiap manusia itu . Tanya . 

M A T I . Setiap manusia bergelar BAKAL JENAZAH . Bakal menghuni dalam tanah bumi Allah ini . Bakal memakai kain putih . Bakal disoal oleh para Malaikat . Bakal dihitung segala amalannya . Tiada siapa yang terkecuali . Kau lari lah ke negara mana pun , kau tidak akan dapat menghindari diri kau dari menempuhi saat sakitnya mati . Tidak perlu megah dengan diri , aku boleh pergi ke mana sahaja aku suka . Kerana nanti semua akan diusung dan ditinggalkan ke dalam tanah . Tidak perlu gah dengan kemewahan yang kita ada dekat dunia ini , kerana kita hanya memakai kain putih dan tiada barangan berharga dibawa sekali ke dalam lubang tanah itu nanti . Tidak perlu bangga dengan kelebihan kau ada sekarang kerana belum tentu kau LULUS dalam ujian kubur nanti . 

M A T I . Rata rata kehidupan di dunia ini hanya 63 tahun , sebagaimana usia Nabi Muhammad SAW . Kepada sesiapa yang dapat hidup lebih daripada angka tersebut , maka itu merupakan BONUS daripada Allah swt . Bersyukur . Tetapi , jangan ingat umur 63 tahun baru mati kerana sesungguhnya mati ini tidak mengenal usia , tidak mengenal pangkat , tidak mengenal wajah sepertimana remaja kini berkata tentang cinta . Bab cinta semua lulus tapi bila bab mati senyap . Bila ada menegur , pasang telinga , simpan dalam hati dan amalkan . Tidak perlu balas , 'Kubur masing masing ' , 'Jangan nak jaga tepi kain orang' , 'Macam kau bagus sangat' dan sebagainya . Allah bagi mulut untuk bercakap perkara benar , bukan menempelak apa orang nasihat . Admit it , kubur masing masing . Tapi , bila kau mati , siapa yang tolong uruskan jenazah kau ? Siapa yang imamkan solat jenazah untuk kau ? Siapa yang usung ? Siapa lagi kalau bukan orang yang menegur kau ? Siapa ? Kalau kau rasa boleh golek terus masuk kubur , tutup sendiri lubang dengan tanah , okay sombong lah dekat dunia .

M A T I . Tipulah kalau cakap AKU TAK TAKUT MATI . Semua takut mati , menunggu hari untuk menempuhi kehidupan yang sebenar yang kita semua belum pasti berapa tahun harus tunggu . Perit . Siksa . Sakit . Kau tanggung . Dekat dunia hanya lakonan . Sebuah lakonan yang bakal kita tonton bersama di padang Mahsyar nanti ketika menghitung amalan . Kau tanggung ! Tidak perlu dibayar oleh pengarah untuk berlakon di kaca televisyen . Tidak perlu . Kerana kita semua sedang berlakon sejak lahir . Lakonan yang tidak pernah habis . Tidak pernah tamat . Tamat bila kiamat nanti . 

M A T I kehidupan selepas H I D U P . Ya Allah , kau MATIKANLAH kami dalam Iman . Kau mudahkanlah saat kami menghembuskan nafas yang terakhir . Kau lindungilah orang yang kami sayang di dunia , dan temukanlah kami di syurga dengan izinMu . Ya Allah , sesungguhnya kami sayang akan semua yang berada disekeliling kami . Kau berikanlah mereka hidayahMu sebelum mereka lalai . Ya Allah , kau berikanlah kekuatan kepada mereka saat kami meninggalkan mereka buat selama lamanya . Ya ALLAH yang Maha Esa , Maha mengasihani , kau terimalah amalam kami untuk dijadikan bekalan di alam sana kelak . Ameen