dare to dream











D'Owner


Assalamualaikum pakcik , makcik , nenek dan atok sekalian . Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya yang comel ni *kay perasan kejap* Dah melawat tu , pandai pandai lah buat macam rumah sendiri . Jangan bagi berhabuk dan sila buangkan perasaan malu untuk menekan button FOLLOW yang terserlah :)

I | Love | You


D'Status

I AM IN LOVE



D'Credits

Template by : Nida Inayah Maghfirani
Basecode: Husnaa
Tutorial: Chiq Ziera
Image: Cuse
Other:

Older Post | Newer Post
Tahniah !
Thursday 19 December 2013 | Thursday, December 19, 2013 | 0 Sweet Cupcake

Assalamualaikum . Harini result PMR diumumkan . Tahniah buat semua tak kire ada berapa A pun . Korang kena terima dengan seadanya . Itu usaha awak . Itu yang awak nak selama ni . Jadi jangan salahkan kepada sesiapa . Allah itu adil right ? Okay , mungkin ada orang usaha lebih tapi masih dapat result yang belum memuaskan dan sebaliknya . Jangan berdendam . Mungkin Allah nak bagi awak susah dulu kemudian Allah bagi melipat ganda . Allah itu maha Adil kay . Jangan bersedih . Terima seadanya . Jangan lupa awak masih ada SPM . Itu paling penting . Faham ? 

PERTAMA ; Mungkin awak perlu lipat gandakan lagi usaha awak tuuuu . Tak pun , awak kena ada seseorang untuk mengajar awak . Kurangkan apa yang awak citakan dan sukakan . Maksud aku , macam aku sekarang ni tengah cuti tunggu result spm . Banyak gila kot masa nak buat apa yang kita hobi kan . So tak perlu lah nak buat benda itu benda ini waktu sekarang . Sekarang fokuskan kepada pelaajaran , Tangguhkan dulu .

KEDUA ; Hubungan . Hubungan dengan ALLAH , hubungan dengan IBUBAPA , hubungan dengan GURU GURU dan hubungan dengan yang lain . Mungkin awak kurang pada ini . Kebanyakannya macam nilah . Belajar tinggi tinggi tapi hubungan dengan Allah , hampeh . Awak sepatutnya sentiasa bermohon kepada Allah . Meminta kepada Dia maha memberi maha bijaksana . Ini tidak , bila susah cari Allah , bila senang lupakan Dia . Hubungan dengan ibu bapa pun satu hal . Sekarang ramai pelajar kurang ajar dengan ibu bapa . Sedangkan mereka melahirkan awak , membesarkan awak . Hormatilah mereka . Minta restu kepada mereka . Tak susah pun kanggg ? Then hubungan dengan guru guru . Mereka juga penting dalam hidup kita . Minta restu dengan mereka . Minta mereka doakan . InsyaALLAH Allah makbulkan . Mereka insan yang mulia .

KETIGA ; Korban . Awak perlu korbankan sesuatu . Contoh , korbankan waktu main awak . Tukarkan waktu main kepada waktu belajar . Lebihkan belajar . Jangan lah belajar sampai stress , Sometimes you need a time to release tension with something else that you loved to do . Likes , playing games , picnic , and something else . 

KEEMPAT ; Atas diri sendiri . Awak perlu meletakkan sesuatu tuu tinggi . Target lebih . Contoh , awak nak buah epal . Awak tak boleh target setakat buah epal tuuu . Awak perlu target setingii tinggi nya . Target sampai bintang . At least , bila awak jatuh awak masih berada pada tahap atass . Aku tahu korang tak faham apa yang aku duk bebelkan . Wakkaakakka ! Kay .

Aku rasa cukup lah sampai disini sahaja . Kuatkan hati . Setiap hari letakkan azam . Bukan tunggu tahun baru sahaja , Tak menjadi . Okay , good luck kepada adik adik atau kakak kakak atau abang abang atau atok atok atau nenek nenek atau sesiapa sahajalah . Jangan berputus asa di tengah jalan . Putus asa di tepi jalan , kang terlanggar dengan orang lain pulakkkkk . Kaay kelakar tak sampai ! Assalamualaikum , salam sayang buat awak yang sudi menghabiskan masa membaca bebelan ini .