D'Owner D'Status D'Credits
Template by : ♥ Nida Inayah Maghfirani Basecode: Husnaa Tutorial: Chiq Ziera Image: Cuse Other: ☺ ☺
| J O D O H
Tuesday, 31 December 2013 | Tuesday, December 31, 2013 | 0 Sweet Cupcake
Assalamualaikum !
Jodoh . Apa yang mu orang faham dengan JODOH ? Okay , semua sedia maklum JODOH ITU RAHSIA ALLAH . Tapi mu orang kena ingat , AJAL MAUT JUGA RAHSIA ALLAH . Kenapa aku tetiba rasa nak menaip tentang JODOH ? Aku pun taknak terangkan kenapa , tapi yang pastinya sekarang kita boleh lihat dekat dunia . Ramai remaja , dewasa mahupun orang tua bermain permainan COUPLE . Sumpah , pada mulanya aku tak tahu apa itu COUPLE . Aku ingat nama haiwan dulu , naik tingkatan dua baru aku faham . Couple , hubungan antara lelaki dan perempuan TANPA ikatan yang sah . Aku memang tak marah kalau mu orang nak couple ke apa ke , tapi sekarang ni ada sebahagian masyarakat yang salah pakai dengan COUPLE ni .
Lihat dunia sekarang . Apa yang maju ? Negara membangun , BETUL . Rakyat matang , BETUL sampaikan budak darjah satu sekarang pun dah ada yang bunting . NAUZUBILLAH . Aku bukan nak menghina kepada mereka yang menjadi mangsa atau kepada sesiapa sahaja . Tapi sekarang ni , semua tu berlaku depan mata kita tapi apa yang kita lihat ? Tiada seorang pun CUBA untuk mengatasi masalah ni , malahan masalah ni semakin meningkat dari hari ke hari . Kalau para pengunjung datang , tak malu ke wahai rakyat Malaysia sekalian . Malu lah sikit . Kita NEGARA ISLAM . Mana cara hidup Islam ? Semakin hilang . Kalau Nabi Muhammad SAW masih ada , pasti baginda mengalirkan airmata melihat keadaan sekarang . Mu orang duk sibuk dengan negara luar , perang sana perang sini . Tapi masalah dekat Malaysia , ada mu orang cuba selesaikan ? Takde !
So , kepada para remaja di luar sana . Untuk mengurangkan jugak masalah ni , you should keep yourself by doing the nonsense things like that . Apa yang hebat sangat dengan couple tuu ? Kalau mu orang couple dan berjanji nak bernikah alhamdulillah . Ini tidak , couple dapat bayi buang bayi merata rata sebelum nikah . Lepastu , takde siapa nak bertanggungjawab . Eceh , remaja sekarang JODOH ITU DITANGAN ALLAH . Tapi mu orang tak praktikkan apa yang mu orang BICARA . Cakap pandai , tapi amalan HAMPEH . Bercinta lepas nikah lagi sweet , lagi best . Memang aku tak pernah merasa , tapi kebanyakkan ahli keluarga aku cinta lepas nikah sebab lepas jumpa seminggu terus nikah . Mereka lagi bahagia berbanding pasangan yang beratus tahun bercinta . Memang ALLAH tak melarang mu orang bercinta bercouple , malahan digalakkan untuk bercinta . Tapi mu orang saloh dalam konsep ini . Kalau mu orang saling mencintai , mu orang takkan melakukan perkara yang boleh mengundang pandangan NEGATIF terhadap mu orang dan rakyat Malaysia . You should think the risk before doing something , think your parents and your lover . Apa korang dapat bila dah songsang ? Percayalah , DITINGGALKAN sahaja jawapannya .
Fakta ; Pasangan yang bercinta sebelum nikah 80% menghampiri penceraian . Memang ada sahaja pasangan yang bahagia sampai mati tapi mereka pandai jaga diri . Sekarang ni , manusia dah tak pandai jaga diri . Nafsu diutamakan . So , remaja sekalian termasuk aku . Kalau minat dekat someone , if you think its better when you express your feeling , just go on . Tapi kalau mu orang rasa , minat dalam diam lagi bagus so teruskan . Nasihat , kalau mu orang minat orang tuuu . Doa kepada Allah . Minta petunjuk dariNya . Kita boleh ubah takdir kita dengan berdoa bukan pergi jumpa tok bomoh . Salam sayang buat mu orang yang sudi singgah belog tuan hamba ;)
|