D'Owner D'Status D'Credits
Template by : ♥ Nida Inayah Maghfirani Basecode: Husnaa Tutorial: Chiq Ziera Image: Cuse Other: ☺ ☺
| AdaMu ;) Thanks Allah .
Monday, 6 August 2012 | Monday, August 06, 2012 | 0 Sweet Cupcake
Assalamualaikum buat readers aku yang comel dan kacak ,Alhamdulillah , hari ni dah masuk 17 Ramadhan . Kejap je kan masa berlalu ? Tinggal lagi berapa hari je lagi kita bersamanya . Ya Allah , aku bersyukur pada mu kerana aku masih dapat bernafas pada hari ni dan menyambut bulan yang mulia ini . Aku berharap agar aku masih ada peluang untuk berjumpa Ramadhan untuk tahun depan . Amin :') Hari ni aku terlebih masa pulak untuk update blog . Cewaahh , kay cuti . Cuti nuzul al-quran . Selamat menyambut nuzul alquran kay semua . Baca lahh al-quran tu selagi kita bernafas di atas bumi Allah ni . Baca lahh al-quran ni selagi kita dapat melihat nya . Baca lahh al-quran tuu selagi tulisannya masih ada di bumi ini sebab salah satu tanda kiamat , tulisan dalam al-quran HILANG . So , kawan kawan jangan nak tunggu sampai TUA kerepot baru lahh terhegeh hegeh nak buka al-quran . Baca kay ? Tak susah pungg , baca satu huruf pun dah dapat pahala . Kalau susah sangat , selepas korang solat je BACA sekurang - kurangya 1 ayat pung dah cukup . Susah ke ? Tak kan ? Pesanan ni buat aku jugak , aku ni pungg kadang kadang liat jugak nak baca . Heyy guys , baru aku perasan yang aku tak BERSIH blog ni minggu lepas kan ? HAHA ! Kay , actually aku busy dengan BELAJAR . Belajar ? *Macam tak percaya je kan , HUSNA AHMAD NASSER BELAJAR . HAHA ! Kay , belajar sebab nak ujian setara 2 . Fuhhh , alhamdulillah semua berjalan lancar cuma satu hari tu aku sakit :( So , aku tinggal lahh paper tuu . Semalam baru aku ambik . Tak susah tak senang . Alhamdulillah , dah DUA TAHUN aku tinggal perbuatan meniru aku tuu . Dan baru aku rasa betapa GEMBIRA dan BANGGA nya bila dapat result atas usaha kita sendiri . Thanks Allah ! Kay , sambung pada aku sakit . Aku tinggal satu paper je , BIO . Pagi tuu , aku dah rasa SAKIT . Tapi aku buat DUNNO je . Aku kangg . Satu lagi aku fikir pasal ujian . Takkan nak tinggal 2 paper macam tu aje kann , so aku fikir aku kena FIGHT dengan penyakit aku tuu untuk ujian . Sampai je dekat sekolah , aku rasa sakit sangatttt . So , aku rehat then tak ambil paper BIO . Hampir 2 jam kot aku tidur dalam surau , then sakit hilang . Kawan kawan aku datang MELAWAT dekat surau . Aku cakap dekat diorang yang aku nak ambik ujian Addmath kejap lagi . Bosan gila kot duduk dalam surau . Bangun tidur bangun tidur . Tak dapat apa punnn . Aku pun ambik lahh paper tuu . Aku ingat takde lahh yang buat bising kangg . Rupa-rupanya ada jugakk . Husna buat buat sakit time paper Bio ? Kalau korang yang kena , sakit hati tak ? Aku tak minta sakit tu datang dan aku tak minta simpati daripada orang . Biar aku sorang je fight dengan sakit aku ni . Ya Allah , kau tabahkanlah hati aku ni . Stop lah kan cerita tuu . Aku pun tak tahu nak cakap apa . Aku tak salahkan dia , maybe orang nampak aku buat-buat sakit . Aku tak kisah pung semua tu , sebab aku dah terbiasa dengan mulut mulut orang berbisa ni . Aku masih ada Allah yang menemani aku . Aku tahu Allah sentiasa bersama hamba-hambanya . Thanks Allah ❤ |